Thursday, December 9, 2010

Puding Caramel!


PUDING
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila

KARAMEL
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara-cara membuat:

1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.


Selamat mencuba!

Tuesday, December 7, 2010

kek dam

KEK DAM
1 biji kek coklat
1 biji kek oren
kerim lemon
coklat rice

Bahan Kek Coklat
Bahan A

125 gm butter
125 gm gula perang atau kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
120 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
150 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 s/b baking powder


Cara

1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang 8 x8 inci yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 30minit atau sehingga masak. Sejukkan.

Bahan Kek Oren
125 gm butter
125 gm gula
2 biji telur A
1 s/k esen vanilla
1 s/k jus limau sunkist atau sunquick
1 s/k oren paste
200 gm tepung gandum ]
1/2/k baking powder ] ayak bersama

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3.Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan dengan b. powder berselang seli dengan jus limau dan pes oren
4. Kacau rata.
5. . Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 30minit atau sehingga masak. Sejukkan.

KERIM LEMON

Bahan

250 gm butter sejuk [kkliza gunakan farmcows]
150 gm gula ising [ayakkan]
1 s/b lemon jus [1 biji lemon]

Cara
1. Potong butter dan pukul dengan mesin sehinggan lembut dan gebus.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Masukkan lemon jus dan pukul lagi sehingga semua sebati.


Cara Melapis Dam
1. Semua kek dipotong panjang setebal 1 inci dan tinggi 1 inci setiap satu.
2. Susunkan berselang seli kek oren dan kek coklat.
3. Sapukan kerim setiap bahagian yg perlu dicantumkan.
4. Susun lapisan kedua berselang seli pula.
5. Sapukan lagi kerim pada semua bahagian
6. Taburkan coklat rice pada semua bahagian.
7. Potong dan hidangkan.

Monday, December 6, 2010

Puding Kastad!



Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis ( boleh gantikan dengan kismis.sedap jugak! )
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.


nasi tomato

Nasi tomato

Nasi-tomato

nasi tomato


Created on : 02-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




161Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

nasi minyak

Nasi minyak

Image046

Resepi dr mak sy..


Created on : 30-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




40Share


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara

  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

resepi kek coklat

Bahan-bahan ( saiz loyang 9X9 inci )

  • Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • Bahan B
  • 1 2/3 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan mayonis
  • Bahan C
  • 1 1/3 cawan air

Cara-cara

  1. Bahan A diayak bersama.
  2. Bahan B: Gula dan telur diputar laju hingga kembang, tambah esen vanilla dan mayonis ( putar sederhana)
  3. Masukkan bahan A bersilih ganti dengan bahan C (air), dimulakan dan diakhiri dengan bahan A. Kacau rata-rata sehingga sebati. [Adunan ini agak cair]
  4. Masukkan dalam loyang yg telah digris dan dibakar dalam oven yg telah dipanaskan dari awal tadi.[Pastikan adunan tadi betul2 sebati antara bahan A dgn bahan C(air)]
  5. Bakar selama ~ 50 minit, 190 drj celcius
  6. Utk topping, saya cairkan sekeping coklat masakan (double boiling style) je..., hias dgn badam hancur atau coklat rice @ gula warna-warni, kegemaran anak2
  7. Selamat mencuba....

simple cheese cake

Cheese cake

Cheesecake

Simple cheese cake


Created on : 08-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




381Share


Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

KAJIAN TUBUH TUMBUHAN

kajian tumbuh tumbuhan adalah mengenal nama nama pokok.Pokok adalah sumber oksigen. tanpa pokok kita akan mati kerana tida oksigen didalam bumi ini.ini adalah pokok hiasan dihalaman rumah.